Rabbani Ajak Rakan Artis Sambut Maulidur Rasul


Rabbani ketika mengadakan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul pada tahun lalu.

RAKAN artis digalakkan untuk turun padang menyertai sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah.

Seperti kata salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz, kumpulan itu mengajak rakan artis untuk sama-sama menyambut Maulidur Rasul sehingga terfikir untuk mengadakan sebuah majlis ala-ala majlis anugerah berprestij Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Kami ingin menunjukkan rakan artis lain juga memandang berat kepada sambutan Maulidur Rasul,” kata Azadan ketika majlis sidang media Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah dan pelancaran album Mahabbah.

Kelmarin, Rabbani mengumumkan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah itu akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 19 Februari ini, pukul 8 malam.

Jika dua tahun lalu, Rabbani Productions (M) Sdn Bhd pasti akan mengundang penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di konsert yang sama sebelum ini.

Berbeza dengan tahun ini, konsert tahunan yang dianjurkan buat kali ketiga itu mengundang penyanyi datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Aishah, Yasin, Joe Flizzow, Akbar dan penceramah tersohor Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah.

Menurut Azadan, mereka merancang untuk mencipta suatu kelainan menerusi barisan artis jemputan itu.

“Memang dua tahun lepas, kita menjemput Datuk Siti sebagai idola artis nombor satu negara. Tapi tidak dinafikan ramai lagi rakan artis yang nak bekerjasama dengan kami sambil mengajak peminat sama-sama menyambut Maulidur Rasul.

“Kami melihat setiap artis yang membuat persembahan kali ini mempunyai kekuatan tersendiri,” ulasnya.

Jika dua tahun lalu, Rabbani Productions (M) Sdn Bhd pasti akan mengundang penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di konsert yang sama sebelum ini.

Kata Azadan, setiap artis akan menyanyikan lagu mereka sendiri termasuk lagu daripada Rabbani.

“Misalnya, Aishah akan menyanyikan lagu Pahlawan Agama. Rabbani akan menyanyikan lagu-lagu baru seperti Syahadah, Nurul Iman, Tanpa Agama dan diakhir persembahan konsert itu nanti, semua artis akan menyanyikan lagu Berpaut Pada Sabdamu.

“Kami juga akan membuat persembahan berkonsepkan perjuangan ini sebagai tribute untuk Ustaz Asri dengan memasukkan lagu Kejora Sinar Zaman yang ditujukan khas untuk arwah,” beritahunya yang turut menggalas tugas sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat & Pembangunan Perniagaan dalam Rabbani Productions.

Konsert yang turut menampilkan Ustazah Siti Nor Bahyah sebagai penglipur lara hanya akan diiringi oleh muzik minus one dengan sokongan muzik perkusi.

Azadan berkata kanak-kanak dari program Pintar Al-Quran Tadika Yayasan Terengganu semasa persembahan pembukaan yang diiringi oleh lagu Asma Ul-Husna.

Konsert berdurasi dua jam ini turut menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan mesej yang positif dalam hiburan melalui alunan nasyid, qasidah, pentomen dan anekdot tazkirah.

Bukan sahaja mendapat tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM), Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 H bertambah meriah dengan kerjasama daripada TTI Management Sdn Bhd sebagai penaja lokasi, Noor Arfa Batek yang menaja pakaian Rabbani dan artis lain dalam konsert itu, IKIM.FM sebagai radio rasmi, Melati Tuah Travel & Tours yang menaja kenderaan rasmi konsert dan Galeri Ilmu sebagai majalah rasmi.

Turut serta adalah Ar-Raziq Travel & Tours, PRM Global Vision Sdn Bhd, Permata Hijrah, Al-Bayan Corporation, Smart-Minds Sdn Bhd dan Total Oracle Sdn Bhd sebagai rakan niaga Rabbani Productions yang banyak membantu merealisasikan program gilang-gemilang ini.

Bagi pelanggan yang membeli pek istimewa Malam Sinar Rasul iTalk bernilai RM30 dari mana-mana cawangan Tmpoint atau secara online di www.rabbani.com.my mulai 1 Februari ini, mereka layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi lima hadiah pakej umrah untuk dua orang.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes