Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Disaman Kerana Ciplak Lagu Indonesia?


siti nurhaliza disaman

Biar betik ??? Dengar ceritanya dah panas di Indonesia yang penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza bakal disaman atas tuduhan menciplak lagu dari Indonesia. Lagu yang katanya diciplak itu bertajuk Wanita dan telah dinyanyikan oleh Dato’ Siti sekitar tahun 2007. Mengikut sumber, pencipta asal lagu ini ialah Ervil Revylda (gambar kat atas), seorang warganegara Indonesia dari Jakarta Selatan.

Khabarnya lagi dah dekat 2 tahun si Ervil Revylda nie cuba nak setelkan hal nie secara baik dengan Dato’ Siti tapi Dato’ Siti buat derk jer. Disebabkan dah tak boleh nak tahan lagi setelah menunggu hampir 2 tahun, Ervil Revylda kini dah bersiap sedia untuk turun naik mahkamah dan menyaman Dato’ Siti Nurhaliza.

Hmmmmm. Sukar nak cakap sapa yang betul dalam hal nie sebab takkanlah tunggu sampai 2 tahun baru nak bukak balik kes saman nie? Nampaknya macam biasa kena tunggu Dato’ Siti bagi penjelasan tentang hal nie. Kami rasa sudah tentu Dato’ Siti sudah bersedia untuk menjawap tohmahan durjana nie.

P.S: Dah dengar lagu baru Dato’ Siti berduet dengan Kris Dayanti? Tajuk dia kalau tak silap “AMARAH”. Kami dah dengar dan kami rasa agak tak best lagu tue. Korang plak?

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes