Diana: Biarlah Orang Kata Saya Demanding... Tapi Betul Ke Saya Demanding?


Diana akan keluar dengan single terbarunya 'Terburu' Februari ini. Foto The Star. Oleh AZLINA ABDULLAH

"SAYA ditawarkan untuk rakam album tetapi dengan syarat mereka (Alibi Music) akan uruskan karier saya sepenuhnya, ini tak adil," ujar pelakon jelita Diana Danielle yang menolak tawaran menjadi artis rakaman Alibi Music Sdn Bhd.

Diana berkata demikian ketika ditanya mengapa namanya tidak tersenarai dalam barisan baru artis Alibi Music Sdn Bhd yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut Diana, syarikat rakaman tersebut telah memberi syarat iaitu mereka ingin menguruskan perjalanan seninya jika mahu bernaung di bawah label tersebut.

"Bila saya fikir balik, saya rasa perkara itu tidak adil sebab hasil kerja saya dari lakonan atau modeling beberapa peratus perlu serahkan kepada mereka. Kalau nyanyian sahaja saya tak kisah, ini satu pakej.

"Biarlah orang nak kata saya demanding atau memilih, saya cuma mahu segala kegiatan seni diuruskan oleh orang yang benar-benar dipercayai, buat masa ni biarlah mama yang menguruskannya.

"Takkan saya nak bagi hasil titik peluh saya macam tu sahaja," kata Diana yang bakal keluar dengan single solonya 'Terburu' akhir bulan ini.

Dalam pada itu, dia turut menafikan dakwaan single yang pernah dirakam bersama artis dari Indonesia, Andra and the Backbone suatu ketika dahulu ditolak disebabkan suaranya tidak mencapai tahap piawaian.

"Mereka yang tawarkan saya untuk menyanyi dengan artis Indonesia itu, sampai sekarang saya tak tahu apa statusnya.

"Masa offer dulu secara tergesa-gesa. Mereka kata saya boleh pergi Indonesia dan terkenal di sana tapi sampai sekarang pun tiada apa-apa berita. "Rakaman lagu itu dah pun siap tapi sampai sekarang tak keluar dan saya anggap ia tak jadi," kata gadis berusia 18 tahun ini.

Selain itu juga, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Lee Beeson turut mendakwa bahawa pihak Alibi Music Sdn Bhd masih belum membayarnya untuk lagu 'Hanya Di Radio' nyanyiannya bersama Imran Ajmain dan pelawak, Nabil.

"Lagu nyanyian dengan Imran Ajmain itu pun mereka belum bayar pada saya dan sampai sekarang saya masih lagi menunggu.

"Macam mana saya nak percaya orang luar, sebab tu saya lebih selesa mama yang uruskan perjalanan seni saya.

"Lebih baik saya terbitkan single sendiri pakai duit sendiri, itu lebih senang sebab semua yang berlaku beri pengajaran kepada saya. Biarlah orang nak cakap apa pun saya tak kisah," ujar anak kacukan Melayu-Inggeris ini.

Dalam pada itu, Diana yang ditemui di Majlis Perlancaran Filem Hanyut arahan sutradara tersohor, U-Wei Saari untuk membawa watak heroin filem tersebut bernama Nina, sekali gus menamatkan pencarian sutradara ini yang bermula sekitar Ogos 2008.

"Saya sangat teruja untuk berlakon dengan U-Wei kerana beliau seorang pengarah yang bagus.

"Saya juga digandingkan dengan pelakon-pelakon yang hebat dan idola-idola saya dalam bidang lakonan," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran pada 11 April ini.

1 comments:

joegrimjow { February 10, 2010 at 2:42 AM }
aexy dan hot
bahaya lama2 ni

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes