Penyokong Shiv Sena Halang Filem 'My Name Is Khan' Ditayangkan.. best giller cite nie..


RAJA Bollywood Shah Rukh Khan sekali lagi dijengah kontroversi apabila penyokong Shiv Sena cuba menahan filem terbarunya,"My Name Is Khan" dari ditayangkan di beberapa pawagam di bandar utama.

Filem terbaru Shah Rukh itu dijadual ditayangkan di seluruh dunia mulai 12 Februari.

Aktivis Shiv Sena menyerang dna menjahanamkan beberapa pawagam dan kompleks. Antara serangan yang paling dasyat berlaku di Mehul Theatre di Mulund, Shreyas Theatre in Ghatkopar.

Khabar terbaru, polis sedang berjaga-jaga di 63 pawagam dan multipleks di mana filem ini akan ditayangkan.

Sebelum ini penyokong Shiv Sena sudah berdemonstrasi di luar kediaman pelakon Bollwyood itu di "Mannat", Mumbai hujung bulan lalu dan sehari selepas itu, bertindak lebih kasar dengan membakar poster-poster “My Name is Khan”.

Semua huru hara ini tercetus gara-gara Shah Rukh meluahkan perasaannya terhadap pasukan kriket IPL yang tidak menawarkan satu tempat pun kepada 11 pemain Pakistan.

Team kriket Pakistan, ini merupakan juara T20 dunia dan bermain dalam edisi inagural IPL di tahun 2008.

Namun team ini tidak mendapat izin dari Islamabad tahun lalu kerana adanya ketegangan antara India dan Pakistan, susulan serangan Mumbai pada tanggal 26 November 2008.

Pemilik team kriket mengatakan mereka tidak membeli para pemain Pakistan tahun ini kerana khuatir tentang situasi dan kesediaan pemain.

Shah Rukh pula menambah bahawa team kepunyaannya,Kolkata Knight Riders tidak membeli para pemain Pakistan kerana mereka telah memilih pemain Shane Bond.

Komen Shah Rukh supaya pemain Pakistan dipilih untuk Tournamen IPL yang akan datang menyebabkan penyokong Shiv Sena mengamuk dna bertindak di luar jangkaan. Namun, sejumlah aktivis dari berbagai organisasi Muslim turun ke jalan-jalan ibukota membela Shah Rukh.

Ramai berarak memprotes ketua Shiv Sena, Bal Thackeray, yang cuba menyasar Shah Rukh kerana komen jujurnya.

Para aktivis membakar poster bergambar Bal Thackeray, ketua parti Shiv Sena.

“Ini adalah pesanan kami...Shah Rukh Khan dan Aamir Khan adalah kebanggaan bangsa kita. Bal Thackeray, ketua Shiv Sena, tidak punya hak untuk memberikan sijil ‘pengkhianat’ pada sesiapa pun. Pertama, ia harus mengecualikan Maharashtra, negara bahagiannya sendiri. Kadang dia mengangkat isu tentang Maharashtra dan India utara, sekarang Salman Khan dan Shah Rukh Khan. Saya ingin bertanya pada Bal Thackeray apakah ia berencana mengangkat semua isu di India,” ujar salah seorang yang protes.

Ini bukan kali pertama kali Shah Rukh Khan menimbulkan kntroversi pada masyarakat India. Pada bulan June 2009, pihak polis terpaksa mententeramkan perasaan umat Islam di India setelah bintang superstar itu didakwa menyakiti perasaan umat Islam.

Khalid Babu Querishi menuduh bahawa pada terbitan bulan Julai, majalah Time N’ Style, Shah Rukh telah menggunakan kata-kata yang menghina terhadap Nabi Muhammad.

Namun hal itu dapat diselesaikan kerana jelas ia hanya kesilapan dari segi laporan oleh wartawan majalah tersebut.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes