Anang Harap Jodoh Datang Selepas Lagu Duet Baru



SEJAK bercerai dengan Krisdayanti, penyanyi dan pencipta lagu Anang Hermansyah masih belum memiliki kekasih. Anang berharap akan bertemu jodoh dengan pasangan duetnya untuk lagu terbaru Jangan Memilih.

"Mudah-mudahan dengan lagu duet ini nanti saya boleh bertemu jodoh. Saya pasrah kepada Allah. Saya hanya mampu berusaha," ujarnya seperti dipetik DetikHot.com.

Untuk single tersebut Anang akan berduet dengan seorang penyanyi wanita iaitu pendatang baru. Sayangnya,penyanyi Separuh Jiwaku Pergi itu masih lagi merahsiakan identiti penyanyi tersebut.

"Saya minta maaf tidak boleh beritahu dahulu tentang penyanyi itu. Saya sudah sepakat dengan label untuk tidak mendedahkannya kepada media sebelum lagu itu keluar," jelasnya.

Namun, Anang sempat memberi sedikit klu tentang wanita misteri tersebut. Dia memberitahu penyanyi wanita tersebut mempunyai kualiti vokal yang bagus dan penampilan menarik.

Ketika ditanya apakah perempuan itu boleh menggantikan isterinya Krisdayanti sebagai pasangan hidup, Anang menjawab, "Saya tidak tahu samaada dia boleh mengantikan tempat bekas isteri dan pasangan hidup saya."

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes