Gambar Sekitar Sambutan Hari Ulangtahun Fara Fauzana Ke-30


Rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan SELAMAT HARI JADI KE-30 kepada pengacara wanita paling popular, Fara Fauzana yang telah menyambutnya pada 7 Februari 2010 (Ahad) lalu. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta yang penting sentiasa bahagia bersama yang tercinta. Budiey.com akan sentiasa menyokong perkembangan karier Fafau! Layaaannnn!

Sehari sebelum hari jadinya, Fara Fauzana telah diraikan dalam satu majlis BIRTHDAY BASH PARTY yang diadakan di Serambi Pak Engku, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.

Majoriti peminat yang hadir mendapat jemputan dari Fara Fauzana menerusi Fanpage Fara Fauzana di mana sehari sebelum majlis, Fara telah menjemput semua peminatnya menerusi status nya berbunyi:

MORNING!! alhamdulillah.. hari yang dinantikan telah tiba, MAJLIS MAKAN2 FF dengan KORANG – MY DEAR FANS. kepada yang tak sempat RSVP pun BOLEH DATANG!! so, dalam erti kata lain.. FF BELANJA!! so semua kawan2 FB FF datang tghari ni (6th Feb) dari jam 1230pm – 3pm di SERAMBI PAK ENGKU, TGKT 4, WISMA PKPS SHAH ALAM ( lokasi bangunan ni betul2 depan blue wave hotel )… jumpa disana!! heheheh im xcited to see u!! :)

Budiey juga adalah salah seorang member di fanpage milik pengacara Melodi yang semakin meningkat sehingga mencecah 164,000 orang member. Wow! Satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan selebriti ternama yang lain. Tahniah!

Beruntung Fara Fauzana dapat sokongan dari peminatnya yang sangat ramai. Kalau semua peminatnya mengundinya untuk ABP, pasti menang Artis Paling Popular. Tapi Fafau tak pernah menang.

Budiey ingatkan majlis ini agak sederhana kecil… namun… setelah menjejakkan kaki di dewan… mmm… Ni dah macam kenduri kahwin.

Rasanya ini adalah majlis paling besar setakat ini yang dianjurkan oleh Fara Fauzana khusus untuk peminat yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi selama ini.

Di sini terbukti Fafau begitu menghargai peminatnya. Dengarnya, majlis ini adalah hadiah untuk peminat yang mengangkat Fafau menjadi pengacara paling popular di Malaysia. Jadi, hasil dari kemenangan itu, Fafau ajak peminatnya makan-makan.

Siap ada red karpet dan juga banner besar untuk peminatnya bergambar… Ye betul, macam hadir di majlis anugerah pulak rasanya.

Setiap peminat yang hadir diberikan juga goodie bag serta poster untuk Fafau tandatangan. Banyak ni! Kalau nak kira ni, ada dalam seribu orang. Tapi yang hadir tak sampai seribu.

Untuk media pula diberikan sebotol biskut raya keluaran Fafau Entertainment.

Yang paling happy ialah kelab peminat setia Fafau iaitu FUNCORNER. Dapat meja VIP lagi ya.

Peminat yang hadir diceriakan lagi dengan celoteh lawak antarabangsa oleh hos Raja Azura. Memang tak kering gusi layan celoteh penyampai Sinar FM ni.


1 comments:

Dhea Ahmad { February 9, 2010 at 2:04 PM }
shukeee sangat dia ni

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes