10 Artis Serah DIri Kepada Agensi Dadah Kebangsaan !!! siapa? jom sama-sama teka..









Siapalah artis-artis itu yer, kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali perangai mereka.Nak cakap duit tak cukup kerja ada.Mungkin disebabkan pengaruh rakan sekerja atau pun Kejutan Budaya.Apa-apa pun zoom ucapkan tahniah kerana berani BERUBAH ...!!!

Statement Metro :

KUALA LUMPUR: Bimbang kerjaya mereka dalam dunia hiburan musnah dan nyawa juga mungkin melayang, seramai 10 artis tanah air yang terjerat dengan gejala dadah secara sukarela ‘menyerah diri’ kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta mohon diberikan rawatan pemulihan.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Profesor Dr Mahmood Nazar Mohamed berkata, semua artis itu lelaki dan sebahagian daripada mereka termasuk dalam kelompok yang dianggap popular.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti artis terbabit kerana tidak mahu mengaibkan mereka, tambahan pula mereka sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

“Kami memang menyediakan program pemulihan ketagihan dadah kepada sesiapa saja termasuk golongan artis. Jadi, apabila 10 artis itu datang mendapatkan bantuan, kami berikan mereka rawatan sewajarnya dan syukur, setakat ini semua artis itu menunjukkan tanda pemulihan yang positif,” katanya.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes