Dewa Gerenti Bebas Najis Dadah

TERTANGKAPNYA Sammy 'Kerispatih' kerana penyalahgunaan dadah telah menimbulkan keprihatinan di kalangan artis-artis Indonesia yang lain. Vokalis kumpulan Dewa 19, Once juga turut merasakan perkara tersebut kini sedang melanda dunia hiburan Indonesia.

Once mengakui dunia muzik sering dikaitkan dengan dadah, seks bebas dan juga minuman keras. Namun Once yakin tidak semua insan yang berkecimpung dalam industri ini terlibat dengan gejala tersebut.

"Saya rasa kita semua prihatin dengan perkara-perkara buruk itu, teman-teman seperjuangan banyak yang menjadi mangsa dadah. Saya akui perkara itu namun saya juga pasti tidak semuanya seperti itu," jelasnya ketika dipetik Kapanlagi.com

Jejaka bernama Elfonda Mekel itu memberitahu setiap pemuzik mempunyai karakter dan kesukaan yang berbeza-beza. Jadi tidak mungkin semuanya terjebak dengan dadah.

Dia tuurt mengakui pergaulan dan persekitaran sangat berpengaruh untuk seseorang itu terjebak dengan najis dadah.

"Yang jelas kita saling percaya bahawa Dewa tidak seperti itu," ujarnya Once.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes