Mayer: Status Tiger Woods Yang Buat Dia Kelihatan Seperti Orang Bersalah

PENYANYI John Mayer percaya kecurangan pemain golf bertaraf dunia Tiger Woods tidak mungkin akan tersebar begitu meluas andai kata dia belum berkahwin.

Penyanyi yang pernah keluar bersama aktres Jennifer Aniston dan Jessica Simpson, berkata sekiranya Woods belum berkahwin tentu semua orang tidak akan memberinya tekanan kerana skandal seksnya bersama 19 orang wanita, seperti sekarang.

"Masalah Tiger Woods adalah kerana dia sudah berkahwin. Itu saja. Jika Tiger Woods masih solo dan dia memberi teks pesanan kepada seorang gadis girl, tidak mungkin berita itu akan mendapat liputan," kata Mayer kepada New York Daily News.

Mayer berkata, "Saya menghantar banyak mesej kotor dan lucah kepada beberapa gadis tapi satu pun tidak mendapat liputan."

"Kenapa? Sebab John Mayer belum berkahwin. Andaikata John Mayer sudah berkahwin dan dia membuat perkara demikian, itu adalah berita menarik," kata Mayer.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes