Perkahwinan Nija AF1


Bekas pelajar Akademi Fantasia 1 (AF1), Nija atau Siti Harnizah Tahar, 27. Nija yang kini bergelar isteri kepada Zulkarnain Ismail, 26, pernah putus cinta dengan lelaki berkenaan pada tahun 2003 sewaktu dia memulakan langkah seni selepas menyertai AF1. Mereka kemudiannya disatukan sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz oleh Timbalan Imam Besar Negeri Johor, Datuk Mahat Mohd. Said pada pukul 9.45 malam, Sabtu lalu di kediaman Nija, di Taman Bukit Saujana, Johor Bahru.

Zulkarnain yang memberi wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin bernilai RM200 kepada Nija berharap mahligai yang dibina akan berkekalan sehingga akhir hayat. Pihak lelaki turut membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes