Saya Belum Layak Untuk Filem Hollywood - Shah Rukh Khan

WALAUPUN filem terbarunya 'My Name Is Khan' akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada 12 Februari, Shah Rukh Khan belum begitu yakin untuk menembusi pasaran Hollywood.

"Belum masanya lagi. Yang sebenarnya saya belum dapat apa-apa tawaran lagi," Shah Rukh mengaku secara jujur.

"Mungkin saya terpaksa berusaha lebih kuat lagi untuk membuktikan lakonan saya seperti yang Anil Kapoor sudah lakukan di dalam filem Slumdog Millionaire hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Lagipun, saya tidak fikir saya ada apa yang Anil ada. Mungkin sebab itu saya rasa saya belum bersedia," jelasnya.

Kata Shah Rukh lagi, "Saya tidak tipu. Saya tidak pernah ditawarkan. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Itu saja sudah buat saya gembira."

Shah Rukh juga tidak sabar untuk melihat lakonan Anil dalam siaran TV keluaran FOX.

"Saya teringin sekali melihat Anil. Dia seorang pelakon yang hebat. Mungkin saya akan tunggu keluaran DVD di iTunes.

"Anil adalah seorang pelakon yang ada kelas, bekerja kuat dan antara pelakon yang menolong saya di awal karier saya. Malah dia seorang yang sangat positif," jelas Shah Rukh yang akan memulakan penggambaran filem terbarupada bulan March ini yang diberi tajuk,'Ra. One'.

"Saya harap dapat menghabiskan filem itu dalam bulan Ogos. Filem ini agak sukar kerana ia bergenre superhero dan sesuatu yang baru di India. Selepas itu, saya akan mula penggambaran filem 'Don 2', pada bulan September."

1 comments:

TerunaGiler { February 8, 2010 at 9:23 PM }
aku tak nafikan aku minat dia ni klu berlakon tentang kisah kluarga.. Dia pun dah 2 kali patung lilin dirinye dibuat... Cuma aku tak leh trima dia dapat anugerah dato.. haha.. pe lah dah jadi dgn negeriku..

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes