Teman Lelaki Jadi Subjek Utama Lukisan Kate Moss

SUPERMODEL Kate Moss begitu teruja untuk mengikuti kelas seni melukis secara perseorangan di rumahnya, di utara London.

Bagi menyiapkan dirinya, Moss telah pergi membeli belah alat-alat yang diperlukan seperti kanvas dan alat warna di beberapa kedai lukisan yang berhampiran.

Moss juga tidak melepaskan peluang makan malam di The Wolseley, London bersama artis lagenda Lucian Freud untuk bertukar-tukar fikiran tentang hobi barunya itu.

Menurut laporan thesun.co.uk, Moss adalah seorang pencinta seni.

"Moss memang sukakan lukisan dan menyimpan beberapa koleksi lukisan yang berharga di kediamannya. Tapi sejak akhir-akhir ini, dia sendiri ingin melukis pula," jelas sumber yang memberitahu thesun.co.uk itu.

"Dengan gaya hidup yang begitu sibuk, inilah satu-satunya hobi yang boleh membuat Moss lebih tenteram dan tenang. Kini dia sudahpun mengupah seorang guru untuk mengajarnya di rumah.

"Moss juga memberitahu teman lelakinya Jamie Hince bahawa dia akan menjadi subjek pertama lukisannya," jelas sumber itu.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes