Ameng Masih Diterima Peminat...

KERANCAKAN aliran industri muzik yang sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa menyebabkan segelintir artis berkumpulan memilih untuk bergerak secara solo.

Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminudin Wan Ismail yang pernah menjadi vokalis kumpulan Spring kini antara artis yang masih kekal berentap di pentas seni suara tanah air secara solo.

Walaupun tidak lagi bersama kumpulan yang pernah melonjak namanya, namun Ameng mengakui dirinya masih diterima peminat terutamanya yang sudah lama mengikutinya.

"Saya masih guna nama Ameng Spring, Alhamdulillah saya masih banyak terima tawaran menyanyi sehingga ke hari ini," ujarnya selepas membuat persembahan di Suria FM Rancak Tour di Mydin MITC Melaka.

Menurut anak kelahiran negeri Terengganu ini, albumnya yang terbaru Terima Kasih yang sudahpun berada dipasaran sebulan lalu turut menampilkan kepelbagaian irama, antaranya irama Arab, Latin, dan Parsi.

Namun begitu, menurut bapa kepada tiga orang anak ini, dia tetap tidak pernah melupakan irama pop asli di dalam album terbarunya itu.

"Album saya yang terbaru ni ada pelbagai irama, tapi pop asli jiwang tetap ada,' katanya sambil tersenyum.

Ameng yang ditemani isteri dan dua anaknya semasa mengikuti program Suria FM tersebut memberitahu, lagu terbarunya yang berjudul Kesalanku adalah ciptaan sepenuhnya sifu M.Nasir.

Walaupun mengakui zaman kegemilangannya semakin hilang, namun Ameng tetap tidak pernah sesekali mengalah tetapi semakin teguh memperjuangkan kariernya sebagai penyanyi.

"Abang akan teruskan menyanyi, sekarang ini, sepenuh masa abang menyanyi," katanya.

Ameng yang pernah mempopularkan lagu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, berkata dia sebenarnya banyak menerima tawaran menyanyi tetapi kebanyakannya adalah untuk majlis-majlis korporat dan makan malam terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai perancangannya pada masa hadapan, Ameng memberitahu dia bakal membuka butik pakaian untuk disewa terutamanya untuk artis dan majlis-majlis tertentu.

"Ada juga perancangan untuk buka butik dan cafe yang menggunakan nama Spring Garden Cafe," katanya.

Dalam pada itu, Ameng memberitahu dia juga akan mengadakan konsert secara live di Johor Baharu, tetapi tidak pasti tarikhnya lagi. Sementara itu, Anggota asal Kumpulan Spring sejak 1987 adalah terdiri daripada Ameng sebagai vokalis, Acong (dram), Empy (gitar bass), Iskandar (gitar 1) dan Zahar (gitar 2).

Trademark kumpulan Spring adalah lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsep balada rock dan pop komersial.

Manakala, album Kumpulan Spring pula adalah Sejiwa (Album pertama), Sampai Hati, Bourgenvilla 1994, Pujaan Gemilang 1995, Jujur 1995, Spring 5 1996 dan Hati Mahu Baik (Album ke-14) pada tahun 2001.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes