Mel Gibson Berang Bila Wartawan Ungkit Kisah Silamnya

AKTOR Mel Gibson marah bila wartawan TV Dean Richards mengungkit kisah silamnya yang menghamburkan kata-kata kasar terhadap seorang polis empat tahun yang lalu.

Aktor berusia 54 itu membentak setelah ditanya tentang insiden lampau itu.

Wartawan Dean Richards dari sebuah stesen TV bertanya kepada bintang Braveheart itu apakah dia sudah menjadi orang yang lebih baik setelah kejadian empat tahun silam itu.

Dengan wajah sedikit kesal dan marah, Mel menjawab, "Saya sudah melupakannya. Saya kira anda tidak perlu menanyakannya."

Mel yang tidak menyedari mikrofonnya masih on langsung mengucapkan selamat tinggal kepada reporter itu, "Bye... (dengan kasar)"

Sebelum kejadian itu, Mel telah meminta maaf pada 2006 untuk komennya yang anti-Yahudi. Sejurus sebelum itu, Mel juga didapati bersalah kerana membawa kenderaan dalam keadaan mabuk.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes