Peminat Sanggup Menanti 8 Jam Demi Kris Allen


HANYA untuk satu hari saja. Peluang bertemu juara program realiti American Idol 8, Kris Allen tidak dipersiakan oleh para peminat bintang itu sempena rangka promosi album sulungnya, Kris Allen di Kuala Lumpur.

Kemeriahan peminat muda khususnya mula dirasakan seawal jam 10 pagi lagi apabila mereka mula membanjiri sekitar ruang legar Centre Court di Mid Valley Shopping Centre bagi melayakkan mereka menjadi 200 peminat bertuah untuk bertemu Kris secara eksklusif.

Sempena kunjungan seharinya di sini, Kris atau nama sebenarnya Kristopher Neil Allen bakal menampilkan sebuah persembahan istimewa malam ini di The Gardens Ballroom, The Gardens Hotel.

Menurut Kris, dia sangat teruja dengan sambutan peminat di Malaysia dan tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malaysia.

"Saya gembira kerana dapat bertemu dengan peminat-peminat saya di sini. Saya tidak sangka sambutan di Malaysia juga sangat menggalakkan.

"Saya juga difahamkan banyak makanan-makanan enak di sini dan saya tak sabar untuk mencubanya." ujar anak muda ini.

Persembahan yang dijangka bermula sekitar jam 8 malam ini bakal menyaksikan Kris mengalunkan lagu-lagu yang dipetik daripada album sulungnya termasuklah singlepertama, Live Like You're Dying; versi rakaman semula lagu popular Kanye West,Heartless dan banyak lagi.

Sementara itu, kemeriahan dan jeritan peminat-peminat bintang berusia 24 tahun ini bergema di seluruh ruang legar pusat membeli-belah ini untuk sesi autograf eksklusif ini. Siri jelajah bintang kelahiran Jacksonville, Arkansas, Amerika Syarikat itu ke Malaysia yang dibawakan khas oleh Star World dengan kerjasama Astro dan Hitz.fm adalah untuk menyemarakkan kehangatan musim baru American Idol 9 yang sudah bermula sekarang.

1 comments:

~ yus ~ { February 13, 2010 at 4:32 AM }
errkk??!!

ensem mamat nih.. :D

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes