Sila Jangan Tengok Filem Lu Fikirlah Sendiri, Nabil Pun Kutuk Filem Lakonan Dia

review movie lu fikirlah sendiri

Pelik tapi benar. Nabil Raja Lawak, hero dalam filem Lu Fikirlah Sendiri terus terang mengakui kecewa dengan filem lakonan dia tue. Kalau pelakon utama pun dah kutuk filem lakonan sendiri, adakah wajar bagi kita untuk pergi tengok lagi cerita nie?

“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya.

Tak tau la nak kata si Nabil nie jujur sangat atau memang tak reti nak buat promosi filem sendiri. Kalau dia sendiri dah cakap citer nie tak best, compemla tak ada orang nak gi tengok. Ataupun nie teknik promosi filem yang terbaru? Mungkin dengan mengutuk filem lakonan sendiri, para peminat teruja nak gi tengok betapa tak bestnya filem tue. Logik jugak kot teknik promosi macam nie?

Apa-apa pun kami dah compem takkan pergi tengok filem nie. Dulu beria jugak nak gi tengok. Tapi pas dengar si Nabil cakap camnie terus batalkan niat kami. Bukannya taknak sokong industri filem tempatan, tapi kami pentingkan kualiti. Kalau filem best macam Adnan Sempit, pergi tengok 10 kali pun kami ok jer.

Kalau anda tertengok filem nie nanti, bagitaulah kami camner cerita dia. Best ke tak.

2 comments:

noor afzan { February 8, 2010 at 9:41 PM }
saya dah lebuh sebulan tak layan filem..
Huda { February 8, 2010 at 9:55 PM }
oh..jarang tgk wayang
tapi kalau pelakon tak yakin dgn lakonan, macam mana kita nak tonton
betul3...

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes