Watie Fobia Lelaki Tapi Teringin Naik Pelamin

Watie bahagia bersama anak, Mohd Afif Danial.

WALAUPUN tanpa kehadiran insan yang bergelar suami di sisi, Watie Sadali tetap bahagia bersama anak lelakinya meniti hari-hari yang mendatang.

Menurut pemilik nama Norwati Sadali, kesibukan kariernya membuatkan dia terlupa memikirkan mengenai perkara tersebut.

"Saya sibuk sangat sampai terlupa untuk memikirkan perkara itu. Tapi kalau saya cuti, memang terasa sunyi," ujarnya sambil ketawa.

Pelakon yang berasal dari Sungai Besar, Selangor, ini mengakui masih fobia dengan perkahwinannya terdahulu dan menganggapnya sebagai satu dugaan yang terpaksa dilaluinya.

"Semua orang tidak mahu jadi janda, tapi pengalaman lalu membuatkan saya agak fobia dengan lelaki," kata Watie yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya terdahulu, Ahmad Afif Danial, 6.

Ditanya mengenai keinginan untuk berkahwin semula dan mendapatkan seorang bapa kepada anaknya, Watie memberitahu dia teringin berkahwin lagi, tetapi disebabkan masa, dia tidak ada kesempatan mengenali dengan lebih dekat golongan adam itu.

"Memang saya ada keinginan mahu berkahwin lagi, tapi memandangkan kerjaya saya yang selalu sibuk membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk mengenali lelaki dengan lebih dekat.

Walaupun fobia dan terkilan dengan lelaki yang seringkali menipunya, namun Watie tidak akan menolak sekiranya dipertemukan jodoh suatu hari nanti.

"Memang saya takut, tapi kalau ditakdirkan saya kahwin lagi, saya akan terima dengan hati yang terbuka," katanya.

Sementara itu, Watie turut memberitahu, dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai ikatan yang boleh mengaitkannya dengan sesiapa.

Menurut Watie, dia begitu menitik beratkan restu daripada kedua-dua belah pihak supaya perkahwinanya akan mendapat berkat.

"Saya tidak memilih, tapi kalau boleh tidak mahu suami orang atau lelaki yang mempunyai ikatan lain,' katanya.

"Saya juga tidak mahu berkahwin di Thailand. Saya mahu restu untuk berkahwin, kata Watie, 33.

Dalam pada itu, Watie yang mengidamkan sebuah perkahwinan yang meriah dan ingin sekali merasai duduk di atas pelamin itu memberitahu, dia cemburu melihat teman-temannya yang dapat merasai majlis perkahwinan mereka dengan meriah.

"Saya mahu rasa kemeriahan majlis perkahwinan dan bersanding di atas pelamin seperti orang lain. Nanti saya boleh ceritakan kepada anak-anak cucu saya suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, bekas anggota Kumpulan Elite ini juga mengakui, dia kini sedang berkawan dengan seorang pelajar.

"Dia pelajar, tapi umurnya lebih tua daripada saya.

"Saya baru kenal sebulan, tapi rasa macam serasi dan dia boleh terima saya.

Bagaimanapun, saya masih tidak boleh mengharapkan apa-apa, ujarnya.

Terbaru, Watie kini sedang mengikuti penggambaran drama Gelora Di Hati Sara bahagian kedua yang membariskan beberapa artis popular.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes