Mariah Carey Akui Dirinya Hodoh Ketika Kanak-kanak

PENYANYI dan pelakon Mariah Carey mengakui dirinya pernah berasa rendah diri kerana 'kehodohan' paras wajahnya ketika di zaman kanak-kanak.

Menurut pelakon filem Precious itu dalam satu kenyataan di contactmusic.com, dia tidak dapat menyesuaikan diri ketika berada di bangku sekolah gara-gara paras wajahnya yang tidak menarik.

Mariah yang mewarisi genetik ibunya, seorang Amerika berkulit putih dan ayahnya, bangsa Afrika-Amerika dari Venezuela, berasa dirinya tidak cantik seperti kanak-kanak yang lain.

"Saya sangat tidak yakin dan berasa malu dengan wajah dan fizikal saya disebabkan oleh genetik keturunan saya.

"Ia bukanlah sesuatu yang pelik atau ganjil. Cuma sebagai kanak-kanak, saya rasa sedikit terasing daripada rakan-rakan yang lain kerana berasa diri tidak cantik," kata Mariah.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes