Cheryl Cole Artis Paling Fotogenik Tewaskan Jolie

MENURUT sebuah tinjauan, Cheryl Cole adalah artis paling fotogenik.

Penyanyi cantik yang juga salah seorang anggota Girls Aloud ini telah mengalahkan beberapa artis wanita lain yang sering disebut sebagai wanita tercantik termasuk Marilyn Monroe dan Grace Kelly.

Baru-baru ini, syarikat pengeluar kemera terbesar, Nikon, telah membuat tinjauan dari sekitar 4,000 wanita Inggeris tentang siapa yang layak menyandang gelaran wanita paling fotogenik sepanjang sejarah.

Sememangnya mengejutkan kerana nama Cheryl Cole juga jarang mendapat 'pujian' sebagai wanita paling cantik.

Tempat kedua wanita paling fotogenik ialah Audrey Hepburn iaitu pelakon Breakfast At Tiffany, sementara aktres Angelina Jolie yang sering disebut sebagai wanita tercantik di Hollywood hanya menduduki tempat ketiga sahaja.

"Cheryl disukai ramai orang kerana kecantikannya, kejelitaannya, pandai memilih pakaian dan juga keramahannya," menurut sumber seperti dipetik dari Splash News.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes